dapatkan sekarang ebook

Archive for the ‘Bina Pengurus’

Bina Pasukan Bermotivasi

Posted by ferouxe on Thursday 29 July 2010

MemBina pasukan yang bermotivasi menjadi antara matlamat utama setiap ketua dalam organisasi. Apabila semua ahli dalam pasukan bermotivasi dalam, objektif untuk mengejar sesuatu kejayaan akan senang tercapai.

Menghantar ahli pasukan ke ceramah-ceramah motivasi bukan cara utama yang mampu mengubah cara pemikiran mereka. Sebaliknya banyak cara yang boleh dilakukan oleh pengurus bagi mencapai hasrat ini. Kita lihat apa yang perlu seorang pengurus ambil berat dalam memacu pasukan yang bermotivasi. 

Fahami situasi pekerja

Masuk dalam kelompok pekerja, dalami setiap perbualan mereka dan jangan wujudkan jurang pangkat pada setiap masa. Adakalanya dalam menyelami hati mereka, kita boleh kesan segala permasalahan yang timbul dalam pasukan.

Sentiasa mengambil masa yang berkualiti

Cuba untuk menghabiskan masa selepas kerja untuk menghampiri mereka. Dalam saat-saat ini kita sudah tidak fikirkan soal kerja, namun dalam keadaan ini kita mampu menyampaikan idea yang bernas dalam masa yang tidak formal.

Adunkan segala kepakaran disebalik kelemahan

Semua manusia mempunyai kelemahan. Dan semua manusia juga mempunyai kekuatan. Dalam soal ini adunkan segala kepakaran ahli pasukan untuk menjadikan pasukan anda kuat. Secara tidak langsung kelemahan sesuatu pasukan itu akan terpadam sendiri.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Kasut Orang Lain

Posted by ferouxe on Monday 28 June 2010

Menjadi pengurus memerlukan kemahiran untuk mengarah orang-orang bawah seliaannya sebagai salah satu kerjasama berpasukan bagi mencapai objektif sasaran kerja dalam perniagaan. Namun bagaimana pengarahan yang perlu kita amalkan.

Sesetengah pengarah terlalu mengikut kekuatan diri sendiri tanpa mengambil peduli kebolehan tahap orang lain. Kita perlu memandang kebolehan dari sudut pandangan orang lain, bukannya terletak dalam diri si pengurus sahaja.

Pengurus yakin boleh melakukan sesuatu tugasan, namun tidak semua orang boleh melakukan tugasan seperti yang kita yakini. Pekerja baru dan tidak berpengalaman tentu sukar memahami kerja yang perlu dilakukan dengan cekap.

Pekerja wanita tidak semua boleh melakukan tugasan berat berbanding dengan lelaki. Pekerja muda dan berumur mempunyai kebolehan yang berlainan. Semua individu mempunyai kebolehan yang berbeza kerana faktor persekitaran dan pengalaman yang mereka lalui. Ini bukanlah faktor penghalang untuk menjadi pengurus yang berjaya.

Disinilah kemahiran yang perlu ada bagi seorang pengurus untuk mengadun semua kelemahan dan kekuatan agar pasukan yang kita terajui boleh mencapai objektif sasaran kerja yang diinginkan.

Dengan kata lain, cuba berfikir untuk masuk dalam kasut orang lain bagi memahami kekuatan dan kelemahan mereka. Semua pekerja mempunyai kelemahan dan kekuatan, oleh yang demikian cungkilkan kekuatan mereka agar kelemahan mereka boleh disingkirkan dalam pemikiran pekerja ini.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Sikap Negatif Seorang Bos

Posted by ferouxe on Wednesday 16 June 2010

Menjadi seorang ketua, bermakna dia perlu menguruskan dan memimpin sekelompok kumpulan bawahannya. Menjadi kebiasaan, membentuk manusia adalah sukar berbanding mengarahkan haiwan ataupun mesin yang tidak bernyawa.

Oleh yang demikian, apabila anda sudah mencapai tahap menjadi sebahagian dalam kumpulan kepimpinan, sifat-sifat negatif seharusnya dijauhkan dan dijadikan panduan agar kita tidak menjadi bahan cacian.

Berikut adalah senarai perkara-perkara yang patut kita elakkan malah jauhi ia daripada menjadi sikap dalam diri sendiri. Teruskan perjuangan dan sentiasa menjadi pemimpin yang di segani.  

1.Telampau yakin

2.Tidak mahu menerima kerugian sementara

3.Kedekut, angkuh, sombong

4.Cita-cita tinggi pelaksanaan tiada

5.Tiada ketahanan jiwa.

6.Tidak memahami permasalahan orang lain

7.Membina jarak pangkat

8.Mementingkan diri sendiri

9.Suka melaga-lagakan orang lain

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Lima Jari

Posted by ferouxe on Wednesday 26 May 2010

Seorang pengurus yang berwibawa perlu memandu pasukannya untuk mencapai cita-cita. Kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha bersepadu pengurus dan ahli dalam kumpulannya.

Bagi mencapai kejayaan bersama, jadikan kejayaan kecil ahli dalam kumpulan adalah objektif utama untuk mencapai kejayaan besar kumpulan. Apabila kita berjaya mencapai kejayaan ahli dalam kumpulan bermakna kumpulan yang kita bimbing secara tidak langsung akan juga mencapai objektif.

Menguruskan ahli dalam pasukan perlukan kesabaran yang tinggi. Manusia mempunyai berbagai rupa bentuk dan ragam. Sama juga diandaikan seperti jari jemari kita. Ada pendek, ada tinggi, ada pertengahan, ada gemuk dan ada kurus.

Semua mempunyai fungsi yang sama jika digabungkan dengan jayanya dengan syarat masing-masing melakukan tugasan dengan bertanggungjawab. Pupuk ahli pasukan anda untuk mempunyai semangat setiakawan dan tolong menolong bagi mencapai objektif yang disasarkan.  

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Tips Ringkas Mengurus Kumpulan

Posted by ferouxe on Monday 22 March 2010

Menguruskan pasukan ataupun sekumpulan pekerja akan lebih menjadi mudah jika kita mempunyai beberapa petua / standard bekerja yang mudah dan selalu di amalkan. Memandangkan kumpulan akan membesar hari demi hari, kita perlukan suatu cara yang tersusun agar kumpulan ini boleh dimajukan.

Berikut adalah cara ringkas yang boleh dirumuskan bagaimana menguruskan sesebuah kumpulan untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi : 

Recruit :

Tugas mencari tenaga yang baru perlu dilaksanakan tanpa henti. Ini akan menjamin kesinabungan kemajuan syarikat. Pekerja-pekerja yang sedia ada, mungkin akan berhenti ataupun bertukar ke tempat lain dan ini akan menyukarkan diri pengurus untuk meningkatkan produktiviti kumpulannya.

Train :

Latih pasukan anda agar mereka mempunyai ilmu dan kemahiran yang mantap. Proses meningkatkan tahap kebolehan ini berbeza daripada seorang individu dengan individu yang lain. Oleh yang demikian, ajar ahli dalam pasukan anda dengan penuh kesabaran.

Monitor : 

Pantau segala gerak kerja pasukan anda. lakukan pemerhatian dalam progres kemajuan ilmu dan kemahiran mereka. Jika terdapat masalah dalam kemajuan mereka, perbaiki dan ajar semula tanpa rasa putus asa. Pastikan mereka dapat melaksanakan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Care :

Berikan perhatian dalam apa keadaan jua yang dihadapi oleh pasukan anda. Jika mereka gembira libatkan sekali kegembiraan bersama mereka, jika mereka menghadapi kesusahan, tenteramkan hati mereka dan berikan kata-kata motivasi yang akan memberi semangat dalam hidup mereka.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Empati

Posted by ferouxe on Monday 15 March 2010

Keupayaan untuk memahami dan memberi respon yang berkesan terhadap sesuatu kejadian yang baru adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang pengurus.

Menjadi ketua dalam sesebuah organisasi meletakkan diri kita di atas sekali dalam tahap jawatan. Kita berkuasa memberi arahan dan orang bawahan perlu mematuhi segala arahan yang telah diberikan.

Kuasa yang diberikan bukanlah pasport untuk kita tidak boleh mengambil berat hal ehwal orang bawahan. Ada sesetengah ketua tidak langsung mengambil berat perihal kebajikan pekerja, yang penting kerja yang diberikan perlu diselesaikan.

Dan ada juga yang sering menjaga protokol dimana akan jatuh darjat ketua yang turun keperingkat bawahan. Menjaga status pangkat yang dimiliki kononya.

Pekerja di bawah selian perlu diambil tahu kebajikan mereka, manusia perlu mendapat perhatian lebih-lebih lagi jika ia melibatkan produktiviti sesebuah organisasi.

Melakukan lawatan / datang terus ke tempat mereka, bertanyakan permasalahan dan jika ada boleh dilakukan segera penyelesaian lakukan sekarang. Ini akan secara tidak langsung akan memacu produktiviti kumpulan dengan lebih baik.

Kekuatan sesebuah kumpulan adalah hasil kerjasama semua ahli dalam membawa produktiviti. Jika salah satu ahli kumpulan yang lemah, bantulah mereka dengan keupayaan yang boleh.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Kritikan Berhemah

Posted by ferouxe on Tuesday 2 March 2010

Menasihati orang lain perlu dengan kata-kata yang bersopan. Tersilap bahasa yang disampaikan tersilap pemahaman kepada si pendengar. Oleh sebab itu sering berlaku dalam organisasi keretakan perhubungan akibat cara mengkritik yang salah.

Menasihat orang lain tiada unsur menyerang peribadi, tetapi kebanyakan ketua / pengurus mengkritik orang bawahan lebih seperti tidak menyukai individu tersebut. Kita tidak boleh membenci individu, tetapi kita perlu membenci sikap individu tersebut. 

Bagaimana yang dikatakan mengkritik lebih seperti melepaskan kemarahan…

Kritikan Negatif :

“Bagaimana awak boleh serahlan laporan yang dah nampak banyak salah !!!”

Berbeza pula jika kita menyusun ayat-ayat dengan lebih sopan disamping nada yang sedang telinga mendengar. Maka si pendengar akan tersentuh dengan nasihat yang diberikan. Lihat contoh di bawah…

Kritikan MemBina :

“Mari kita bincang bagaimana hendak perbaiki banyak kesilapan yang ada dalam laporan ini…”

Mengkritik dengan berkhemah adalah ciri penting dalam pengurusan organisasi. Jangan gunakan kuasa yang dimiliki hanya untuk menunjukkan kebolehan kita memarahi orang lain dengan sesuka hati. 

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

MemBina Pengurus

Posted by ferouxe on Thursday 18 February 2010

Ahmad adalah salah seorang jurujual yang paling berjaya dalam syarikatnya. Setiap bulan beliau berjaya membawa banyak hasil jualan kerana kepandaiannya menarik pelanggan dan menjaga perhubungan dengan pelanggan. Syarikat mendapat banyak keuntungan hasil mutu kerja Ahmad yang diyakini. Sebagai membalas budi hasil penat lelah Ahmad, pihak pengurusan syarikat menawarkan jawatan yang lebih besar; Pengurus Jualan. Ahmad diberi tanggungjwab agar menjaga kelompok jurujual bagi memastikan mereka mampu membawa banyak jualan.

Beberapa bulan selepas menjawat jawatan baru, pihak pengurusan mendapat aduan bahawa Ahmad tidak cekap dalam memimpin pasukan ini. Beliau kadangkala beremosi dalam mesyuarat, sering marah walaupun kesalahan yang kecil, mementingkan kepentingan peribadi dan tidak pandai bergaul dengan ahli pasukan.

Ini adalah salah satu perkara yang biasa berlaku dalam pengurusan kumpulan. Menjadi jurujual yang hebat berbeza dengan menjadi pengurus yang hebat. Menjadi jurujual yang hebat memerlukan kemahiran individu sendiri dan dia menguruskan dirinya sendiri untuk berjaya.

Berbeza dengan pengurus, kejayaan pengurus adalah bergantung kepada kejayaan pasukannya. Ini bermakna pengurus perlu menguruskan orang lain dengan cekap bagi mencapai hasrat cita-citanya. Kejayaan jurujual bergantung kepada tangan juru jual itu sendiri tetapi kejayaan pengurs bergantung kepada kejayaan tangan orang lain.

Ruangan baru “Bina Pengurus” banyak berkisarkan pendidikan melahirkan ketua yang cekap dari segi kepimpinan, intergriti, karisma, kebolehan memindah kemahiran dan daya juangnya bagi memberi inspirasi kepada orang bawahannya. Menjadi pengurus yang hebat perlukan satu proses dan bagi anda ini belum terlambat untuk menjadi pengurus yang berkarisma.

Usahawan tidak lari daripada menguruskan pentadbiran syarikatnya. Dan sebelum mengetuai kumpulan yang besar, mari kita mulakan mengurus syarikat yang kecil atau setidak-tidaknya kita berlatih mampu menguruskan syarikat yang mempunyai seorang pekerja terlebih dahulu.