dapatkan sekarang ebook

Archive for the ‘Isu Semasa’

Pengembaraan

Posted by ferouxe on Thursday 24 June 2010

Mengembara adalah salah satu aktiviti yang menarik. Banyak pengalaman dan pembelajaran boleh kita perolehi daripada aktiviti ini. Tidak kira kita berjalan dalam tempoh pendek atau panjang, dalam negara mahupun luar negara, ekspedisi mengembara benar-benar mengajar erti kehidupan sebenar.

Penulis sentiasa mengikuti blog  1Malaysia Ekspedisi Kembara Ke Bumi Suci 2010, kumpulan rakyat Malaysia ini mengembara dengan bermotosikal daripada Putrajaya untuk menunaikan Umrah ke Mekah.

Ketika artikel ini ditulis, kumpulan ini telah memasuki Syria negara ke 9 yang mereka telah jelajahi. Melalui penulisan mereka, ternyata perancangan tidak sama menjadi dengan hasil yang sebenar.

Walaupun mereka sedang menuju satu destinasi, ternyata banyak cabaran yang ditempuhi yang tidak disangka, kerosakan motosikal, cuaca yang terlalu dingin/panas, kemalangan, kerosakan jentera, proses imigresen dan lain-lain. Namun begitu mereka tetap tabah menghadapi situasi ini. 

Selain daripada itu juga mereka melalui pengalaman-pengalaman indah. Mendapat sambutan meriah oleh warga tempatan, mengenali penduduk tempatan, menikmati keindahan alam yang berbeza dengan bumi Malaysia, melawat tempat-tempat bersejarah, mendapat bantuan percuma membaiki motosikal dan banyak lagi yang mungkin mereka tidak dapat ceritakan dalam blog ini.

Sama juga seperti kehidupan kita. Kehidupan ini juga adalah pengembaraan. Ada ketikanya kita lalui pengalaman manis dan ada masanya pengalaman pahit datang ke diri kita. Perkara penting ialah hadapi dengan penuh tabah dan sentiasa fokus kepada destinasi kita.

Cerita pengambaraan Kembara ke Bumi Suci boleh dilayari di blog :

www.israqadventure.com

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Pengganas Sebenar

Posted by ferouxe on Thursday 3 June 2010

Seluruh dunia telah mengetahui. Semua media massa telah melaporkan. Kita sendiri boleh menghakimi siapa sebenarnya yang boleh kita gelarkan pengganas. Misi bantuan ke Gaza telah dicabul, 10 orang telah menjadi korban. Dan mengikut berita terkini kesemua rakyat Malaysia selamat. Syukur Alhamdulillah.

Walaupun hanya suara kecil di alam siber, pihak BinaUsahawan.com tidak terkecuali untuk mengutuk tindakan israel melakukan pembunuhan walaupun alasan yang diberikan tidak cukup diterima akal. Kuasa-kuasa besar boleh berkata sahaja tanpa melakukan tindakan segera. Tidak seperti isu di Iraq, Afgahanistan ataupun tragedi 9/11.

Negara-negara Islam perlu bersatu suara dalam menganani isu yang terlalu lama ini. Kesepakatan suara dalam menghadapi penganiyaan sebegini perlu dijalinkan dengan meletakkan kepentingan wang dan kemewahan dibelakang. Sudah sampai masanya orang Islam tidak boleh menjadi bahan cacian dengan gelaran pengganas ataupun ekstrimis.

Kepada muslim semua, marilah kita berdoa kepada Allah agar memberi kita kekuatan bagi menghadapi kejahatan rejim zionis. Doakan moga misi bantuan dapat menjalankan tugas mereka dengan murni dan dapat pulang dengan selamat.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa | Comment

Usahawan dan Philanthropist

Posted by ferouxe on Thursday 29 April 2010
Yu Pengnian, 88 tahun telah membuat pengistiharan dalam sidang akhbar bahawa dia akan mendermakan US$470 juta dalam tunai dan hartanah yang dimiliki kepada Yu Pengnian Foundation menjadikan jumlah nilai yang telah didermakan bernilai US$1.2 billion.

Mencontohi sifat suka menderma oleh hartawan berjaya adalah suatu perkara yang patut kita ambil perhatian. Jangan meletakkan persepsi bahawa golongan ini menderma hanya untuk membuat publisiti dan menjual nama sahaja.

Sebaliknya jadikan sifat yang mulia ini sebagai usaha mereka mengajak lebih ramai orang lagi membantu orang-orang yang susah ataupun kepada kajian yang memberi kebaikan kepada umum.

Pemilik Microsoft, Bill Gates philanthropist sepenuh masa menggalakan orang-orang kaya warga China agar banyak menderma dan menyebabkan ramai hartawan China mula menyalurkan kekayaan mereka untuk kerja-kerja kebajikan.

Kita sebagai usahawan tidak boleh ketinggalan dalam memulakan kerja-kerja kebajikan hasil daripada perniagaan yang telah memberikan pulangan. Mulakan dengan secara kecil-kecilan dan perkembangankan lagi aktiviti ini selaras dengan kemajuan syarikat.

Sifat ini akan menjadikan diri kita tidak tamak dengan kekayaan yang ada, dan sentiasa mengingati orang lain yang kurang kemampuan dalam kehidupan mereka.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa | Comment

Mempelajari Semangat Perniagaan Warga Muslim di Luton

Posted by ferouxe on Monday 19 April 2010

Membaca artikel tulisan Mansor Puteh di ruangan rencana Mingguan Malaysia Ahad 18 April 2010 sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita bahawa betapa pentingnya penguasaan ekonomi dalam mewujudkan keharmonian masyarakat.

Luton adalah salah satu bandar yang terletak 1 jam perjalanan darat daripada kota London, dan bandar ini didiami majoriti oleh penduduk muslim. Kebanyakan penduduk muslim adalah daripada keturunan Pakistan, India dan Bangladesh datang pada mulanya bekerja sebagai pekerja kilang suatu ketika dahulu.

Setelah kilang-kilang ditutup mereka dapat peluang menetap di UK dan bagi meneruskan penghidupan mereka melakukan aktiviti perniagaan. Daripada peruncitan, makanan, barang kemas hinggalah ke komputer, setiap warga muslim mempunyai nama dalam perniagaan masing-masing.

Semangat ini patut kita contohi, warga muslim di negara ini perlu menukar minda daripada bekerja makan gaji dengan pemilik syarikat kepada memiliki syarikat sendiri walaupun bermula dengan saiz kecil.

Sudah tiba masanya kita menutup cara hidup mencari rezeki dengan menjadi hamba pemilik syarikat, sebaliknya kita perlu berdikari tanpa terlalu mengharap kepada bantuan oleh kerajaan.

Kelompok muslim di Luton dapat hidup dengan selesa tanpa perlu meminta-minta dengan kerajaan UK. Ini adalah hasil kesungguhan mereka dalam menjalankan perniagaan yang banyak memberikan limpahan dalam kehidupan di Eropah.

Kekuatan ekonomi penduduk muslim Luton dapat di salurkan kepada aktiviti keagamaan dimana masjid yang tersergam indah menjadi tumpuan setiap warga muslim bandar ini. Keharmonian ini wujud sekiranya setiap invidu mengambil bahagian dalam aktiviti perniagaan. 

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Isu Semasa | Comment

Minda Kanak-Kanak

Posted by ferouxe on Thursday 8 April 2010

Kanak-kanak tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam hidup tetapi mempunyai imaginasi yang luas dalam pemikiran mereka. Oleh sebab itu kita boleh lihat gelagat dan percakapan mereka seolah tiada yang mustahil untuk di realisasikan. Kanak-kanak sangat peka kepada pemerhatian alam sekeliling kehidupan mereka.

Apabila umur meningkat, kanak-kanak ini sering dimarahi / diperingati agar tidak boleh buat itu, tidak boleh buat ini menyebabkan mula terbinanya tembok yang membatasi pemikiran luas mereka. Jalan kehidupan pula telah dipilih dan kanak-kanak ini adakalanya tidak berpeluang meluahkan pemikiran mereka yang luas. Dan apabila dewasa pula, mereka melakukan perkara yang sama kepada anak mereka pula, ini menyebabkan tiada proses perkembangan minda dalam sesuatu generasi.

“Disaat kita mengalami pengalaman indah, 1 jam berlalu seakan 1 minit, terlalu sekejap rasanya. Namun apabila kita menghadapi pengalaman yang pahit, 1 minit seakan 1 jam telah berlalu.”  Pemikiran ini telah membawa idea kepada teori agung Einstein bahawa masa berkait rapat dengan ruang sekeliling.

Kita juga sering melihat kanak kanak bermain permainan memilih garisan mana yang membawa tikus kepada keju sebagai motif utama dengan menambah banyak garisan lain yang akan menyambungkan tikus kepada perangkap. Bagi kanak-kanak yang tinggi imaginasi dan tipu daya (kreativiti menyelesaikan masalah), mereka akan menyambung daripada belakang iaitu daripada keju kepada tikus. Sudah tentu cepat mendapat jawapan.

Sementara kanak-kanak yang kurang menggunakan daya pemikiran kreativiti, sebaliknya menggunakan pilihan yang ada dihadapan, mereka akan mencuba beberapa pilihan daripada titik permulaan, menyambungkan tikus dengan beberapa kali percubaan yang sudah tentu kadang-kadang akan berakhir dengan perangkap.

Oleh sebab itu pembelajaran kanak-kanak tidak hanya boleh bergantung kepada kemahiran IQ sahaja. Kemajuan IQ tidak boleh menjadi kayu pengukur dalam pembesaran mereka. Tetapi perlu didedahkan dengan ilmu imaginasi dan pemikiran kreatif agar dia boleh menjadi rakyat yang berdaya saing apabila dewasa kelak.  Kanak-kanak perlu diberi kebebasan berfikir dan meluahkan segala apa yang terbuku dalam minda mereka tanpa gangguan tembok penghalang oleh orang dewasa.

Ini sangat penting kerana pemikiran kreatif dan keanakan sangat membantu dalam dunia realiti yang sebenar. Sebagai contoh, peneraju syarikat yang menunjukkan kejayaan cemerlang dalam industri yang mereka ceburi di serata dunia bukan sahaja memiliki tahap pelajaran yang terbaik malah mereka juga berfikir luar daripada kotak minda manusia dan kebanyakannya “gila-gila” seperti seorang kanak-kanak.

Penulis pernah menemui ramai pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran tetapi masih kurang berdaya saing apabila masuk dalam alam pekerjaan akibat kurangnya pendedahan dalam budaya berfikir yang luas dan kreatif berimaginasi. Ini akan merugikan kehilangan sumber manusia yang berdaya saing bagi menyumbangkan kejayaan kepada negara.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Isu Semasa | Comment

Keselamatan Sistem Pengangkutan Awam

Posted by ferouxe on Friday 19 February 2010

“Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan, saya pemandu anda bagi perjalanan daripada Birmingham ke London Victoria. Terlebih dahulu peraturan penting dalam bas ini, sila pakai tali pinggang keledar anda. Anda dilarang untuk merokok dan minum minuman beralkohol. Saya berhak mengenakan tindakan tegas sekiranya tuan-tuan dan puan-puan tidak mematuhi peraturan ini. Pintu kecemasan ada satu di hadapan dan satu di belakang. Dan alat pemadam kebakaran ada di sebelah pintu ini. Saya berharap agar anda gembira menikmati perjalanan ini. Terima kasih”

    Antara peraturan baru kerajaan Britain dalam memastikan keselamatan penumpang bas terjamin. Taklimat ringkas ini diberikan sejurus sebelum memulakan perjalanan, dan seharusnya negara kita juga perlu mencontohi peraturan ini agar sistem pengangkutan awam akan diyakini oleh pengguna.

Pemandu bas juga diberikan tanggungjawab agar memandu mengikut masa yang ditetapkan dan tidak dalam keadaan merbahaya. Skrin perjalanan bas dipaparkan (mungkin direkodkan) dan ini boleh menggambarkan bagaimana sikap sebenar pemandu itu memandu bas.

Selain daripada itu juga, pelaburan kepada pembinaan stesyen bas yang mesra pelanggan dapat menjamin penumpang daripada kelompok pelancong warga asing dapat menikmati kemudahan ini semasa percutian mereka di Malaysia tanpa ragu-ragu.

Penumpang hanya perlu berehat menunggu di bilik menunggu melihat skrin bila perjalanan basnya akan bergerak. No perkhidmatan bas, arah tuju perjalanan dan pintu berlepas akan sentiasa dipaparkan di skrin dan pelanggan akan selesa untuk mengatur perjalanannya. Tiada lagi kecoh sana sini bertanyakan lokasi bas dan arah tuju bas itu.

Jadual perjalanan bas dalam skrin ini dipaparkan sama seakan seperti jadual perjalanan bagi pengangkutan udara. Dan setiap bas wajib agar mematuhi masa perjalanan ini.

Lebih cekap lagi bagi setiap pintu berlepas disediakan juga skrin yang memaparkan perjalanan bas pada waktu semasa dan di hadapan bas juga terpapar besar arah tuju ke mana bas itu akan pergi. Ini mampu menjamin kelancaran pergerakan pengguna bas lebih-lebih lagi dalam waktu puncak.

Tindakan tegas juga patut dikenakan kepada penjual tiket haram yang sering berada berhampiran premis stesyen bas menegur orang ramai yang datang. Ini mencalarkankan imej negara Malaysia jika ingin menjadi salah sebuah negara yang maju.

Kemampuan kerajaan menguruskan perjalanan pengguna dalam pengangkutan awam hingga ke titik destinasi terakhir tidak kira melalui darat, udara dan laut mampu memberikan anjakan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pelancong asing akan datang lagi kerana yakin menggunakan kemudahan ini tanpa seribu satu masalah. Ahli-ahli perniagaan besar ataupun kecil akan mudah datang ke Malaysia berurusniaga dengan selesa kerana perjalanan yang lancar. Dan ini juga boleh memberikan peluang perniagaan baru dan peluang pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia hasil limpahan sistem kemudahan pengangkutan yang cekap.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa | Comment

Mari Kita Hijaukan Bumi

Posted by ferouxe on Monday 11 January 2010

Syabas dan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor yang telah memulakan langkah awal bagi menghijaukan bumi. Arahan pada Sabtu 9 Januari yang lalu kepada semua pasaraya di Selangor untuk tidak memberi bag plastik kepada pelanggan. Bermula pada hari itu juga dan setiap hari Sabtu akan datang, kita perlu membawa bekas / bakul sendiri ketika ingin membeli belah di pasaraya dalam negeri Selangor.

Selangor adalah negeri yang mempunyai penduduk yang padat dalam Malaysia dan bayangkan jika sampah hanya daripada bag plastik boleh menyumbangkan kepada banyak pencemaran dan masalah kepada pengurusan sampah itu sendiri jika tidak diurus dengan teliti. Kita sebagai rakyat seharusnya juga tidak lari untuk mengambil bahagian dalam usaha pengawalan sampah “percuma” ini

Daripada tinjauan, situasi agak kelam kabut pada hari tersebut, namun perubahan sedikit demi sedikit perlu ada dalam kehidupan jika kita ingin mencapai objektif yang diinginkan. Kita mungkin agak terkejut dengan peraturan ini namun sesetengah tempat di negara barat telah lama mengamalkan membawa bakul sendiri ke pasaraya. Penulis pernah ditegur semasa di Frankfurt Jerman kerana meminta bag plastik untuk mengisi barang yang telah dibeli di pasaraya sana.

Peraturan ini perlu dicontohi oleh kerajaan negeri lain malah  disyorkan agar kerajaan Persekutuan juga harus memulakan peraturan ini dan tidak mustahil kita SATU Malaysia bersama boleh mengurangkan penggunakan bag plastik pada tahun ini. Tinggalkan sementara segala perselisihan pendapat dalam fahaman politik, jadikan agenda menghijaukan bumi sebagai tanggungjawab bersama.

Selain daripada itu juga kita boleh menyokong agenda menghijaukan bumi dengan pelbagai cara mudah seperti :

1.Jangan meminta bag plastik jika membeli satu / dua barang.

2.Bawa bakul / bekas sendiri ketika ingin membeli belah dipasaraya.

3.Cuba untuk menggunakan kenderaan awam / berjalan kaki jika ke tempat yang berhampiran.

4.Tutup segala suis elektrik dan air jika sudah selesai menggunakannya.

5.Kitar semula botol plastik dan kaca. Jangan campurkan barangan ini dengan sampah lain.

6.Gunakan kertas di bahagian belakang jika boleh digunakan. Kurangkan penggunaan kertas dalam urusan harian. Komunikasi melalui email / sms / telefon boleh membantu dalam mengurangkan penggunaan kertas.

7.Mendidik / mengingati orang lain betapa pentingnya kita menghijaukan bumi.

Jangan rosakkan bumi kita, miliki sifat keperhatinan untuk menjaga alam sekitar dan tanam sifat tanggungjawab dalam memelihara bumi ini. Peliharalah segala kehijauan kerana bumi ini akan kita warisi kepada generasi akan datang.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa | Comment

Membasmi Gejala Pengotor di Bandaraya KL

Posted by ferouxe on Thursday 3 December 2009

Prof Diraja Ungku Aziz pernah mengutarakan antara sikap rakyat Malaysia dalam temubual beliau dengan pihak akhbar beberapa tahun yang lalu :

“Kita sibuk mengejar kemajuan sains teknologi yang kehadapan tetapi kita masih membuang sampah merata-rata dan memandu di jalan raya dengan tidak berhemah. Kita tidak mahu satu hari nanti dunia mengatakan Malaysia hebat mempunyai kemudahan kelas pertama tetapi masih mempunyai pemikiran kelas ketiga”

Merujuk kepada laporan akhbar Kosmo keluaran 24 dan 26 November 2009 yang telah melaporkan keadaan penempatan di Bandaraya Kuala Lumpur khasnya di flat dan rumah pangsa kos rendah sungguh memalukan, menjijikkan dengan sampah sarap yang bersepah, peti surat yang rosak, lumut yang tumbuh di serata bangunan menjejaskan penglihatan dan longkang yang kotor tidak terurus.

Adakah senario ini kita ingin tontonkan kepada pelawat yang datang ke negara kita?

Adakah ini cara hidup dan budaya masyarakat kita?

Sejak penulis di zaman bangku sekolah lagi pihak kerajaan telah mengadakan banyak kempen  / ceramah / poster / penerangan di tv bagi mendidik warga Malaysia agar menjaga kebersihan,  tetapi bagi penulis cara ini sudah primitif dan tidak membawa keuntungkan kepada rakyat melainkan kepada syarikat yang memegang kontrak bagi melaksanakan projek-projek tersebut. 

Sikap manusia tidak boleh berubah hanya dengan kempen / ceramah / poster / penerangan di tv. Penguatkuasaan yang tegas perlu bagi merubah sikap manusia. Tiada kompromi dalam soal-soal kebersihan.

Kita contohi sahaja bagaimana negara jiran; Singapura yang tegas dalam penguatkuasaan undang-undang bagi menjamin kebersihan dan imej negara di mata dunia. Artikel dalam akhbar pada hari yang sama juga memberikan contoh bagaimana Singapura mengenakan undang-undang tegas seperti :

1.Polis berpakaian preman boleh menyaman sebanyak S$200 penghuni yang membuat kotor, merosakkan harta benda dan membuang sampah merata-rata.

2.Tindakan tegas akan dikenakan sebagai contoh penduduk yang membuat majlis kenduri dan gagal membersihkan kawasan. Denda akan dikenakan walaupun terdapat kesan-kesan sampah dan kotoran.

3.Penghuni yang lewat membayar yuran penyelenggaraan akan dikenakan panalti.

4.Banyak tong sampah disediakan.   

Satu langkah yang wajar jika kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa pemantau kebersihan mulai 1 Januari 2010. Tetapi jangan jadikan jawatankuasa ini yang hanya pakar dalam ”Mee Eating” (Meeting) dan tidak langsung membuat penguatkuasaan. Tidak perlu banyak ber “Mee Eating”, keluar dari pejabat ! mulakan penguatkuasaan dan tiru sahaja bagaimana Singapura menjaga kebersihan.

Pastikan tangkap orang yang membuang sampah merata-rata dan kenakan hukuman berat bagi mereka !! 

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa | Comment

Bagai Aur Dan Tebing

Posted by ferouxe on Wednesday 25 November 2009

Kerajaan dan rakyat dalam sesebuah negara memainkan peranan penting bagi meneruskan halatuju pembangunan negara. Tanpa kerajaan, rakyat tidak dapat hidup dengan harmoni dan tanpa sokongan rakyat juga, kerajaan tidak boleh melaksanakan program pembangunan negara. Hubungan yang erat bagi memastikan agenda negara akan terus tercapai boleh diumpamakan bagai aur dan tebing. 

Dua pihak ini memerlukan antara satu sama lain dan masing-masing mempunyai tugasan tersendiri dalam memastikan perjalanan menuju kejayaan berjalan lancar. Dalam mengurus dana negara melalui hasil kutipan cukai, kerajaaan bertanggungjawab dalam penyediaan prasarana bagi kemudahan orang ramai. Kita boleh lihat bagaimana kerajaan Jepun pada zaman pemodenan Meiji telah membina banyak infrastruktur seperti jalan raya dan pelabuhan bagi menjamin aktiviti ekonomi tidak tergendala dalam negara. 

Sebagai warganegara yang merdeka, keperluan kepada pendidikan adalah wajib bagi memastikan kesinabungan generasi yang akan menyambung misi perjuangan negara. Rakyat berhak untuk menikmati kemudahan pendidikan yang secukupnya. Negara memerlukan tenaga mahir dalam proses memajukan ekonomi negara, dan semestinya pendidikan adalah kilang bagi menghasilkan warganegara yang produktif.

Bebanan yang tinggi dalam kos rawatan perlu mendapat sokongan kewangan daripada kerajaan. Perbelanjaan rawatan di klinik-klinik desa mampu menyalurkan fungsi kerajaan agar rakyat dari segenap lapisan dapat hidup tanpa gangguan masalah kesihatan. Pembangunan boleh dipacu dengan laju jika rakyat berada dalam keadaan yang sihat. 

Kerajaan yang cekap juga perlu memastikan orang ramai tidak akan berasa takut antara satu sama lain. Ini bagi memastikan keamanan terpelihara serta tiada anasir dalam dan luar mampu mengganggu gugat keamanan negara. Petugas-petugas keselamatan perlu memikul amanah bagi menjamin kestabilan keamanan negara.

Bagi rakyat pula adalah tanggungjawab kita untuk memberi sumbangan dengan semaksima terhadap kemajuan negara. Setiap rakyat wajib untuk bekerja keras bagi meningkatkan nama baik negara di mata dunia. Setiap individu wajib menumpahkan kesetiaan kepada negara. Menjaga keselamatan dan keharmonian negara seharusnya dipikul bersama oleh setiap rakyat.

Individu-individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan keharmonian negara wajar diberikan hukuman tidak kira mereka daripada kelompok pemerintah ataupun rakyat. Sejarah membuktikan pemerintahan yang korup akan meruntuhkan tamadun sesebuah negara dan juga rakyat yang tidak setia kepada negara yang akan menjadi barah dalam pembangunan negara.

Keamanan dan kestabilan yang wujud ini akan menjamin ekonomi akan berkembang dengan pesat seterusnya membawa masuk pendapatan negara melalui kutipan cukai yang pada akhirnya akan diuruskan kembali untuk kebaikan rakyat.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Isu Semasa | Comment

30 Usahawan Bumiputera Francais Bakal Muflis

Posted by ferouxe on Friday 6 November 2009
  1. “Francaisi Mangsa Tipu Francaisor”, itulah tajuk nota editor majalah Jutawan keluaran Oktober 2009.

  2. Dilaporkan 30 usahawan francais berhadapan tanggungan hutang sekitar RM100,000 hingga RM450,000 dan ini benar-benar membebankan usahawan yang kebanyakannya adalah golongan muda lepasan pendidikan tinggi.

  3. Isu ini perlu diambil berat oleh semua pihak kerana salah seorang rakan penulis juga berpengalaman hampir-hampir menanggung hutang besar. Akibat pinjaman melalui sistem francais yang disalurkan melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNS) banyak dimanipulasikan oleh induk francais. 

  4. Ini adalah kerana keinginan francaisor mendapatkan duit besar segera tanpa menjaga kebajikan franscaisi.

  5. Sistem francais adalah modus perniagaan yang terbaik bagi memulakan sesuatu bisnes kerana keseluruhan sistem telah ada serta produk yang dikenali ramai, francaisi hanya perlu menjalankan aktiviti pemasaran sahaja.

  6. Dalam isu ini, diceritakan oleh rakan penulis francaisor mengenakan yuran francais yang tinggi berbanding harga pasaran kerana duit ini adalah daripada kerajaan. Akhirnya yang menanggung hutang adalah peminjam daripada golongan usahawan muda ini.

  7. Usahawan muda ini dianggap seperti umpan bagi mendapatkan dana besar yang segera dan menguntungkan pihak tertentu.

  8. Kerajaan perlu mengkaji balik keberkesanan sistem francais ini dan membatalkan syarikat francais yang tidak kompetitif dalam pasaran. 

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Isu Semasa | Comment