Pengurusan Agensi (3)
3.Aktiviti
Kegiatan mempromosi produk adalah tunjang dalam menggerakkan sesuatu pentadbiran agensi. Mana-mana perniagaan tidak dapat hidup jika tiada melakukan aktiviti mempromosi barangan ataupun perkhidmatan mereka. Tiada jualan, wang tidak akan masuk dalam syarikat seterusnya syarikat tidak dapat bergerak membayar kos bulanan
Justeru itu, menjadi tanggungjawab ketua agensi menggerakkan kegiatan aktiviti jualan bagi perunding di bawah seliaannya. Latihan dalam pejabat tidak sama dengan gerak kerja praktikal kerana tidak semua teori boleh menjadi ketika dalam tindakan. Oleh yang itu berikan tanamkan kefahaman kepada anggota organisasi anda betapa pentingnya membuat aktiviti mencari pelanggan.
Setiap individu boleh mempelajari dalam sehari dua, tetapi ada juga individu yang perlu mengambil masa menguasai kemahiran ini. Tidak dinafikan ada individu yang gemuruh apabila mula-mula membuat persembahan produk. Oleh yang demikian tugas ketua agensi untuk turun padang sertai dan turutserta memantau pergerakan wakil. Perbaiki kelemahan mereka sedikit demi sedikit.
Memasarkan produk perkhidmatan kewangan agak berbeza dengan produk lain. Namun kegigihan dan jangan putus asa wakil perlu ada dalam melalui awal perjalanan. Ada pemasaran dilakukan melalui telefon, ceramah produk, diperkenalkan ataupun terus berjumpa dengan bakal pelanggan.
Aktiviti yang dibuat secara berterusan tanpa henti akan membuahkan keyakinan kepada wakil. Tidak perlulah menekankan jumlah pelanggan yang dapat, tetapi cukup memadai untuk peringkat permulaan jumlah aktiviti berjumpa bakal pelanggan sangat penting. Lebih ramai jumpa, lebih bagus.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###






