dapatkan sekarang ebook

Archive for the ‘Bina Niaga’

Idea Perniagaan Daripada Syarikat Penerbangan

Posted by ferouxe on Monday 24 May 2010

 

Kenapa Singapore Airlines (SIA) yang asalnya pecahan daripada MAS berjaya mencipta nama sebagai salah satu syarikat penerbangan berjenama dan prestij di mata dunia? Selama lebih 30 dekad, pihak pengurusan SIA tidak putus-putus menambah baik kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Dan hasilnya, ramai pengkaji industri penerbangan datang ke Singapura untuk mengkaji bagaimana syarikat yang tidak mempunyai pasaran tempatan mampu mengukir nama di pasaran antarabangsa. Berikut adalah antara isi kandungan yang di petik daripada buku “FLYING HIGH IN A COMPETITIVE INDUSTRY” terbitan McGraw-Hill Education (Asia).

Inovatif

Pihak pengurusan SIA percaya bahawa inovatif bukanlah memikirkan idea baru, tetapi memikirkan idea lama yang diperbaharui. SIA sentiasa kehadapan dalam memperkenalkan perkhidmatan terbaru berbanding syarikat penerbangan lain di dunia.

Maklumat

Sistem penyampaian maklumat sangat-sangat penting dalam organisasi ini. Kru penerbangan yang berada di hadapan adalah telinga kepada syarikat. Jika terdapat menu yang terlalu masin, maka kru penerbangan akan memaklumkan kepada pengurus seterusnya disampaikan kepada bahagian katering untuk tindakan lanjut.

Pengiklanan

SIA menghabiskan berjuta-juta dollar dalam mengiklankan jenama syarikat ini diserata dunia. Nama “Singapore Girl” sangat sinonim dengan pramugari syarikat penerbangan ini yang menjadi wakil kepada lambang wanita Asia. Penerbangan SIA di berikan imej yang berprestij dan mendahului syarikat penerbangan lain.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Niaga | Comment

Tanggungjawab Majikan Kepada Pekerja

Posted by ferouxe on Monday 3 May 2010

 

1.Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO sangat sinonim dengan mereka yang bekerja dalam sektor swasta. Di bawah akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, setiap majikan yang mempunyai pekerja seorang atau lebih dikehendaki mendaftar dalam skim ini. Apakah yang dilindungi dalam skim ini?

2.Skim Insurans Bencana Pekerjaan. Bencana kerja meliputi perjalanan semasa ke tempat kerja, kemalangan semasa di premis kerja dan penyakit khidmat.

3.Perjalanan - segala perjalanan daripada rumah ke tempat bekerja, perjalanan ke tempat makan waktu rehat yang dibenarkan dan perjalanan berkaitan pekerjaan, contohnya perjalanan ke hotel untuk menghadiri seminar anjuran syarikat.

4.Premis kerja - meliputi segala kejadian semasa berada di tempat kerja, pengendalian mesin dan risiko yang mungkin terjadi tempat kerja.

5.Penyakit khidmat -  akibat pekerjaan yang dilakukan. Contoh : debu daripada kuari menyebabkan penyakit paru-paru. Pekerja diberi tempoh masa 60 bulan untuk membuat tuntutuan walaupun telah berhenti.

6.Skim Pencen Ilat - memberi perlindungan 24 jam terhadap keilatan atau kematian. Pempasan akan diberikan kepada mangsa ataupun kepada waris mangsa.

7.Sila hubungi pejabat PERKESO yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Lakukan tanggungjawab anda sebagai majikan bagi melindungi dan menjaga kebajikan pekerja anda.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Niaga | Comment

4 P Dalam Niaga

Posted by ferouxe on Monday 5 April 2010

PemBinaan sebuah syarikat yang menyediakan produk/perkhidmatan kepada pelanggan secara amnya mempunyai 4P yang perlu dimulakan. Bagi menjamin kepuasan pelanggan, senarai 4P ini perlu dalam minda usahawan sebagai penanda perjalanan syarikat.

Daripada faktor ini, usahawan perlu mempunyai perancangan dalam menyokong kepada perkembangan 4P ini. Kaji dalam perniagaan anda, adakah faktor ini sudah di kemaskini dalam polisi perkembangan syarikat pada masa ini…  

Product

Produk dan perkhidmatan adalah jambatan yang menghubungkan syarikat dengan pelanggan. Syarikat memasarkan produk untuk mendapatkan keuntungan perniagaan, manakala pengguna mencari produk sebagai penyelesai masalah dalam kehidupan mereka. Saling memerlukan antara satu sama lain.

Price

Penetapan harga bagi barangan yang syarikat promosi adalah bergantung kepada sasaran kelompok pelanggan, kualiti produk itu sendiri, kemudahan untuk mendapatkan dalam pasaran, nilai tambah dalam produk itu, perkhidmatan selepas jualan, kos bagi penghasilan produk dan pelbagai lagi. 

Place 

Tidak semua syarikat perlu ada di tempat tumpuan orang ramai dan ada juga perniagaan perlu lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Perniagaan seperti pasaraya, kedai runcit, restoran dan klinik perlu ada di kawasan yang mempunyai laluan orang ramai. Berlainan dengan pejabat peguam, agensi takaful dan bengkel kenderaan tidak menghendaki sangat kawasan strategik. Jenis perniagaan mempengaruhi lokasi pejabat operasi anda. 

Promotion

Perkara yang terakhir dan yang paling utama dalam syarikat adalah memasarkan produk kepunyaan syarikat bagi kebaikan pelanggan. Walaupun syarikat mempunyai produk yang teramat canggih dalam pasaran, namun jika tiada aktiviti promosi maka ia tidak boleh membantu menggerakkan kewangan syarikat.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Niaga | Comment

Fokus Usahawan

Posted by ferouxe on Monday 29 March 2010

Usahawan perlu fokus kepada kerjaya mereka. Dan usahawan juga perlu lebih fokus kepada perkara-perkara penting yang memberi kemajuan kepada syarikat mereka. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu menjadi perhatian apabila kita ingin menaikkan produktiviti syarikat.

Pelanggan

Menumpukan kepada hubungan dengan pelanggan. Menjamin hubungan yang baik dengan pelanggan bermakna kita boleh mengekalkan jumlah jualan kerana pelanggan yang setia akan datang lagi berurusan dengan kita. Menaikkan jenama syarikat membolehkan kita dapat menarik pelanggan baru daripada pasaran.

Matlamat

Mensasarkan jumlah angka yang jelas dari segi kutipan jualan, keuntungan dan mengurangkan kos operasi menjamin perjalanan syarikat dengan lancar. Catatan yang rapi dan kemas perlu ada dalam merekodkan graf keluar masuk duit syarikat. Melalui matlamat ini kita boleh merangka perjalanan syarikat untuk 5 tahun / 10 tahun / 20 tahun akan datang.

Aktiviti produktif

Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menjana kepada pertumbuhan syarikat. Pantau perjalanan operasi perniagaan dari semasa ke sama. Dapatkan maklum balas daripada pekerja bagi memperbaiki syarikat. Lakukan pemasaran nama syarikat bagi menambahkan keuntungan untuk jangkamasa panjang.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Niaga | Comment

Jangan Takut Dengan Pesaing

Posted by ferouxe on Wednesday 10 March 2010

Jangan takut kepada pesaing. Ada individu yang tidak suka pesaing, tetapi jangan mudah terlupa yang kita juga pesaing kepada pesaing perniagaan kita.

Ini adalah lumrah dalam perniagaan, persaingan adalah perkara biasa dan jika diambil daripada sudut positif pesaing sentiasa memperingati diri kita agar tidak mudah lupa dengan kesenangan. Mutu perniagaan akan jatuh jika biasanya mereka menjadi kumpulan monopoli.

Sistem pemerintahan demokrasi juga menghendaki kumpulan pembangkang agar kumpulan pemerintah tidak mudah menyalahgunakan kuasa yang di amanahkan.

Situasi yang sama juga boleh diertikan apabila kita melihat pesaing dalam perniagaan. Pesaing akan memastikan bahawa kita sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Jika tidak, pelanggan akan memilih pesaing yang akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik daripada yang ditawarkan.

Manakala pesaing negatif tetap akan wujud. Mereka cuba menggunakan unsur-unsur yang melanggari undang-undang negara dalam mencapai keuntungan peribadi. Kegiatan cetak rompak, menjual barangan secara tipu helah adalah contoh pesaing negatif.

Mereka tidak akan bertahan lama, hanya boleh mendapat untung jangka pendek dan lambat laun pihak berkuasa akan membenteras kumpulan ini.

Oleh yang demikian, wujudkan persaingan sihat agar kita sentiasa memperbaiki mutu perniagaan syarikat kita.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Bina Niaga | Comment

Jumlah Masa Bekerja

Posted by ferouxe on Friday 15 January 2010
“Pada tahun 1960, purata masa kerja bagi orang Jepun adalah sebanyak 2450 jam setahun. Pada tahun 1992 pula, jumlah itu menurun kepada 2017 jam setahun. Jumlah jam bekerja ini masih lagi tinggi berbanding dengan pekerja di Amerika yang bekerja dengan purata 1957 jam setahun, United Kingdom sebanyak 1911 jam, Jerman sejumlah 1870 jam dan Perancis dengan 1680 jam setahun - An Wang Seng, Rahsia Bisnes Orang Jepun.

Mencontohi apa yang telah dibuat oleh penduduk negara maju bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi adalah langkah mudah bagi kita daripada negara membangun. Contoh-contoh dan pengalaman telah mereka lalui, kita hanya meniru dan mengelakkan kesilapan sama seperti yang telah mereka lakukan.

Jumlah masa bekerja yang panjang perlu digunakan dengan sebaiknya. Jangan membazirkan waktu dengan mesyuarat yang sia-sia, proses pembangunan yang tidak bermanfaat, banyak pembaziran dan tidak cekap dalam pengurusan. Perkara ini juga akan memanjangkan jumlah waktu bekerja.

Yang sebaiknya adalah menggunakan masa yang panjang dengan aktiviti yang bermanfaat khasnya dalam konteks perniagaan kita perlu mengoptimakan segala bahan dan masa yang terhad bagi menghasilkan produktiviti yang maksima.

Mulai hari ini, kita perlu mengubah corak kerja yang dilakukan kepada yang lebih baik agar setanding dengan apa yang telah dilakukan oleh negara maju. Jadikan pekerja kita juga mempunyai daya saing yang tinggi bagi menjadikan kualiti pekerja rakyat Malaysia setanding dengan negara maju rantau ini. 

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Kepantasan Dalam Perniagaan

Posted by ferouxe on Friday 25 December 2009

Sun Tzu pernah menyatakan

“Kepantasan adalah perkara paling penting dalam peperangan”.

 Kita perlu menjadi orang yang mementingkan kepantasan sejak mula membuat perancangan sehingga peringkat pelaksanaan. - Khoo Kheng Hor, Sun Tzu’s Art of War in Marketing.

Kita perlu ada ciri pantas dalam perniagaan kita. Tetapi perlu diingat bahawa ini bukan bermakna kita perlu gopoh gapah, gelojoh  dan kelam kabut hingga mengubah kualiti produk. Dari sudut mana yang perlu kita pantaskan dalam menjalani perniagaan kita…

1.Kepantasan menyelesaikan masalah pelanggan

Perniagaan adalah penyelesai masalah. Aduan, cadangan, permintaan dan suara daripada pelanggan perlu didengar. Komen yang baik dan dirasakan perlu mengikut keadaan semasa perlu dibuat dengan cepat tanpa perlu lengah-lengah lagi. Lebih-lebih lagi komen itu boleh memperbaiki mutu keluaran dan akan meningkatkan pendapatan perniagaan.

2.Kepantasan memperbaiki mutu produk / perkhidmatan

Perniagaan tidak boleh lari daripada persaingan. Jika kita lewat berubah, kita akan dipotong oleh pesaing kita. Cepat untuk memperbaiki produk yang anda tawarkan. Jika tidak pelanggan akan lari kepada pesaing yang cepat memperbaiki kualiti produk.

3.Kepantasan dalam perancangan dan pelaksanaan

Dan perkara utama dalam menguruskan perniagaan tidak lari sama seperti menguruskan bala tentera dalam peperangan. Rancang dan laksana, fikirkan dan lakukan. Segala perancangan atas kertas memang senang ditulis. Tetapi apabila datang kepada pelaksanaan ramai yang cuba lengah-lengah. Cepatkan pelaksanaan dan kita cepat mengetahui kelemahan untuk cepat memperbaiki pula kelemahan itu.

Amalkan kemahiran baru ini untuk diaplikasikan dalam perniagaan kecil anda. Cuba jawab telefon kurang 1 saat daripada deringan, laporkan kembali penyelesaian masalah kepada pelanggan dalam tempoh kurang satu hari dan lakukan terus perancangan pada hari esok. Pasti pelanggan akan terkejut dengan pembaharuan anda. 

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Bab 9 Ebook MemBina U$ahawan

Posted by ferouxe on Tuesday 8 December 2009

Bab 9 adalah bab terakhir dalam Ebook “MemBina U$ahawan”. Di dalam bab ini penulis berkongsikan Nilai-Nilai Murni yang harus dipupuk sebelum kita berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Tidak perlu menunggu menjadi usahawan, kita semua perlu mempunyai sifat-sifat yang terpuji apabila berurusan dengan orang lain.

Perhubungan yang erat adalah hasil nilai murni yang diamalkan antara satu sama lain. Sifat inilah yang kita perlu contohi dan amalkan apabila kita membuat sesuatu urusan. Kita akan rasa selesa dan pelanggan kita tentu akan berpuas hati dengan layanan kita. Pelanggan adalah raja, ikut kemahuannya dan berikan penghormatan yang terbaik apabila berurusan dengan “raja”.

Nilai-nilai murni pada kebiasaannya nampak tidak membawa keuntungan masa pendek. Namun jika dikaji dengan teliti, sifat-sifat inilah yang akan memberikan pulangan besar pada masa akan datang. Pelajari sifat-sifat yang baik, ada terkandung dalam bab terakhir Ebook ini dan amalkannya bermula hari ini. Selamat membaca.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Niaga | Comment

Arahan Untuk Senyum

Posted by ferouxe on Monday 7 December 2009

Pengarah Urusan bagi sebuah syarikat memberikan peringatan kepada pekerja-pekerjanya pada perhimpunan pagi bagi memberikan senyuman kepada pelanggan yang datang berurusan. 

Dia memberikan ucapan dengan begitu marah sekali. Agak pelik jika pihak pengurusan menyuruh kakitangannya untuk senyum, walhal dia sendiri tidak senyum semasa membuat arahan.

Kadang-kadang kita tidak membuat apa yang seperti kita telah arahkan kepada orang lain. Dan sudah tentu orang lain agak keberatan untuk mematuhi arahan ini kerana yang mengarahkannya tidak berbuat demikian. 

Tambahan pula, warga kerja akan melakukan tugas ini dengan cara terpaksa bukan senyuman yang datang daripada hati. Berikan senyuman selalu dengan penuh ikhlas kepada pelanggan anda.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Bina Niaga | Comment

Gangguan Komunikasi

Posted by ferouxe on Tuesday 24 November 2009

Dalam menjalani perhubungan dengan rakan-rakan/keluarga, kita tidak pernah terlepas dalam menghadapi situasi silap faham dalam komunikasi yang mengakibatkan berlaku situasi tegang dalam persahabatan.

Kesilapan dalam berkomunikasi sering berlaku lebih-lebih lagi jika kita tidak berjaya menyampaikan maklumat yang tepat. Kesalahan yang berlaku walaupun dengan skala yang kecil boleh diperbesarkan oleh pihak lain. Justeru itu berhati-hati dalam pengucapan harian kita.

Sekecil-kecil jaringan perhubungan kita sudah ada bibit-bibit ketegangan apatah lagi jika jaringan ini berlaku dalam sebuah syarikat yang sedang membesar. Perkara ini memang biasa berlaku dan bagaimana anda perlu mengenal, menghadapi dan menangani situasi ini..? 

Dalam Bab 7 Ebook MemBina Usahawan, membicarakan topik Menangani Konflik. Walaupun kita cuba mengelak daripada perkara ini berlaku namun ia akan tetap berlaku. Pakar analisis mengkaji krisis pengurusan dalam sesebuah syarikat perlu ditangani dan ini adalah lumrah proses biasa dalam pembangunan syarikat.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Bina Niaga | Comment