Bukan Sekadar Barangan / Perkhidmatan
Adam baru selesai mengambil foto untuk gambar yang akan dihantar bagi memohon pekerjaan. Beliau sungguh terharu bilamana semasa di dalam kedai foto itu, beliau dipakaikan kot, dimekap sedikit dan dilayan seperti VIP. “Fuhh kalau macam begini layannya, bayaran RM20 pun aku sanggup bayar”, fikirnya di dalam hati.
Ini adalah salah satu situasi yang mana kita sedar atau tidak semasa menjalankan urusniaga. Peniaga perlu memberi lebih daripada apa yang ditawarkan. Ini akan menarik perhatian pelanggan untuk datang lagi. Barang dan perkhidmatan terlalu banyak dalam pasaran. Sebagai contoh menjual makanan semasa musim bulan puasa, boleh kita lihat terlalu banyak dalam satu kawasan.
Lebih spesifik lagi kalau menjual murtabak, akan ada banyak versi murtabak yang boleh kita dapatkan. Bagi membezakan antara penjual murtabak adalah sikap penjual itu sendiri. Adakah patut kita menjual murtabak dengan muka yang masam?, keadaan tubuh badan yang tidak terurus seperti tidak memotong kuku ataupun dengan berpakaian yang tidak kemas??…
Tugas penjual adalah perlu memikirkan nilai tambah yang ada dalam perniagaan mereka, kerana jika kita menyediakan barangan serta nilai tambahan daripada urusniaga tersebut, pelanggan tidak akan memikirkan soal harga. Letaklah berapa harga sekalupun, pasti pelanggan tetap anda akan bersama.
Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com
###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###






Apabila kita menjual nasi lemak untuk sarapan pagi, kita perlu sediakan produk, cari tempat yang sesuai dengan trafik pengunjung yang ramai dan letakkan produk jualan anda. Tunggu hingga pelanggan datang satu persatu sehinggalah habis jualan anda. Jualan cara begini dipanggil jualan pasif. Tidak memerlukan anda memanggil pelanggan dan membuat promosi yang agresif. Duduk sahaja pelanggan datang. Cukup senang bukan.
Apa akan terjadi jika kita gunakan cara yang sama bagi menjual bijirin sarapan pagi. Sukar untuk pelanggan membeli. Lebih-lebih lagi makanan ini bukanlah pilihan utama dalam menu pagi masyarakat kita. Oleh sebab itu syarikat pemasaran bijirin sarapan pagi di negara ini menggunakan pendekatan jualan proaktif. Membuat promosi besar-besaran, mendidik pengguna tentang kelebihan memakan bijirin, bergerak dengan van besar dalam jelajah promosi dan mengiklankan tentang cara hidup sihat memakan bijirin sarapan.