Silap Faham Dalam Berkomunikasi

Semasa kita berkomunikasi tidak kira melalui medium internet ataupun terus kepada pendengar melalui telefon, sering kali akan berlaku silap faham yang membawa pergeseran antara sesama individu.
Memang akan berlaku pertanyaan / penyataan yang membawa maksud A oleh pengucap, tetapi pendengar akan menafsirkan sebagai maksud B. Secara tidak langsung ini akan memberikan makna yang berlainan dalam proses komunikasi ini.
Kita berikan contoh : Seorang akan bertanya, “Anda dimana sekarang?”. Bagi orang yang bertanya dia inginkan maklumat dimanakah kedudukan lokasi orang disana.
Berbeza dengan si pendengar, sekiranya mereka mendengar pertanyaan ini pertama kali tentu mereka menjawab seperti biasa. Sebaliknya jika tiap kali panggilan dengan pertanyaan yang sama, mereka akan menafsirkan orang yang bertanya seorang yang busy body / suka mengambil tahu hal urusan orang lain.
Banyak kali berlaku silap faham komunikasi lebih-lebih lagi dalam kumpulan / organisasi kecil atau besar yang boleh membawa perbalahan. Oleh yang demikian hati-hati semasa mengucapkan sesuatu perkara agar penyataan kita tidak mudah disalah tafsirkan.
Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan






Membaca dan mengambil tahu segala pengetahuan am sangat penting dalam kita mengambil bahagian dalam sessi berkomunikasi. Kita berkomunikasi bukan sahaja di pejabat malah secara tidak langsung kita akan berkomunikasi di restoran, majlis keramaian, pusat membeli belah, tapak projek dan pelbagai lagi.
Nama tokoh perniagaan ini sering kali disebut dalam pelbagai tulisan semenjak beliau disenaraikan dalam 10 orang terkaya di Malaysia yang mempunyai nilai kekayaan lebih daripada 1 Billion USD.