dapatkan sekarang ebook

Archive for the ‘Khas’

Makanan Halal

Posted by ferouxe on Wednesday 1 September 2010

Tahniah dan syabas kepada JAKIM serta organisasi pemantauan makanan yang giat berusaha dalam bulan Ramadhan ini memantau penghasilan makanan di hotel-hotel terkemuka di negara ini. Beberapa tahun kebelakangan ini kita telah di hidangkan dengan pelbagai buffet yang menggunakan jenama “Buffet Ramadhan” sepanjang bulan puasa.

Ini menarik minat ramai kelompok muslim yang bertandang ke hotel demikian bagi menjamu selera berbuka puasa. Namun laporan yang didedahkan oleh akhbar harian menunjukkan masih ramai lagi pengusaha makanan yang tidak mematuhi arahan dalam menyediakan makanan halal.

Terdapat laporan yang menyatakan restoran makanan barat di Subang Jaya mencampurkan wain dalam penyediaan masakan mereka. Ini mengelirukan umat Islam di negara ini yang mana restoran demikian memaparkan logo halal.

Pengeluaran sijil halal adalah proses yang utama manakala pemantauan terhadap operasi mereka perlu dilakukan setiap masa. Bagi bukan Islam, menggunakan produk halal sangat-sangat dialukan kerana produk halal bukan hanya kepada perkara sembelihan dan alkohol. Produk halal juga menitikberat kebersihan dalam penghasilan sesuatu produk.

Sila semak senarai hotel / premis makanan yang mendapat status Halal daripada Jakim melalui laman web Jakim. Diharapkan juga pihak berkuasa agar sentiasa memantau hotel-hotel ini walaupun bulan puasa sudah berlalu. Tindakan tegas perlu dikenakan jika wujud pihak yang ingkar dalam mematuhi undang-undang logo halal. 

Pastikan kita memakan makanan yang halal dan bersih.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Khas | Comment

Peristiwa di Bulan Ramadhan

Posted by ferouxe on Wednesday 11 August 2010

 

Pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah mengikut kalendar Islam, telah dicatatkan satu peristiwa yang sering diingati oleh umat Islam hingga hari ini. Peristiwa Perang Badar, satu pertempuran yang pertama kali dihadapi oleh umat Islam pada ketika itu menentang kaum kafir Quraish.

Hanya bersandarkan kekuatan 313 orang tentera muslim, mereka berjaya mengalahkan tentera Quraish yang mempunyai kekuatan 1000 orang. Dimanakah kekuatan tentera muslim yang berperang dalam keadaan suhu padang pasir yang panas dengan bilangan yang kecil menentang tentera musuh.

Kepercayaan yang datang dalam diri tentera muslim bahawa kemenangan boleh dicapai dengan bantuan Allah tidak kira berapa ramai musuh yang datang. Mereka tidak gentar kerana keimanan mereka adalah pemberi kekuatan dalam menentang musuh.

Dalam kata lain, kekuatan sebenar dalam diri kita terletak dalam hati kita. Oleh yang demikian, jika hati kita benar-benar mempunyai semangat untuk berjuang, secara tidak langsung fizikal kita mampu untuk memberi tentangan terhadap segala cabaran yang dihadapi.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua muslimin muslimat pembaca laman web BinaUsahawan.com. Semoga bulan yang mulia ini kita dapat menghayati erti perjuangan dan kekuatan untuk kita jadikan panduan dalam menempuhi bulan-bulan seterusnya.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Khas | Comment

Peluang Praktikal Bagi Bakal Mahasiswa

Posted by ferouxe on Friday 6 August 2010

BinaUsahawan.com yang dimiliki oleh Al Farok Consultancy Sdn Bhd membuka peluang kepada semua bakal mahasiswa yang ingin membuat latihan praktikal di syarikat kami. Terdapat dua kekosongan bagi jawatan ini.

Kami adalah agensi takaful bagi salah satu operator takaful di Malaysia. Sesuai bagi bakal mahasiswa daripada jurusan Insurans / jurusan Pengurusan Perniagaan. Syarikat kami beralamat di Plaza Pantai Bangsar (stesen Putra LRT Kerinchi).

Melalui latihan praktikal dengan syarikat kami, anda berpeluang untuk :

  • Berjinak-jinak dengan dunia pekerjaan
  • Melatih diri menguruskan projek
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi
  • Mengenal asas dalam pengurusan perniagaan
  • Langkah pertama untuk masuk dalam dunia keusahawanan

Sebarang pertanyaan dan permohonan boleh di ajukan kepada :

Ahmad Azal, tel : 012-284 9527, email : info@BinaUsahawan.com

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Khas | Comment

Jawatan Kosong : Pembantu Pentadbiran

Posted by ferouxe on Friday 16 July 2010

Persatuan Agen Takaful Ikhlas Se Malaysia (IKHLAS), mempelawa kepada calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan sebagai Pembantu Pentadbiran. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti di bawah :

1.Pendidikan minima SPM dan mempunyai kemahiran komputer serta internet.

2.Mempunyai keinginan untuk mempelajari kemahiran baru.

3.Keutamaan kepada calon yang tinggal berhampiran Bangsar South (Kg. Kerinchi)

Tawaran gaji, elaun dan bonus yang menarik bagi calon yang menunjukkan prestasi dalam kerja.

Segala permohonan dan pertanyaan untuk temuduga sila ajukan kepada

Ahmad Azal 012 - 284 9527.

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Khas | Comment

Pembangunan Pendapatan Negara

Posted by ferouxe on Tuesday 6 April 2010

Sebagai menyokong agenda pembangunan negara, BinaUsahawan.com terpanggil untuk turut serta sebagai madah perjuangan meningkatkan pendapatan penduduk Malaysia. Dalam usaha meningkatkan purata pendapatan tahunan rakyat Malaysia kepada RM49,000 setahun, rakyat Malaysia seharusnya perlu mula mengorak langkah kepada pekerjaan yang memberikan pulangan yang tinggi.

Salah satu pekerjaan yang memberikan pulangan pendapatan yang tinggi adalah melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Dan sudah dekat dengan objektif laman web BinaUsahawan.com iaitu sebagai Pusat Kecemerlangan Usahawan melahirkan kelompok usahawan adalah kerja utama kami.

Kami memang terlibat secara langsung dalam memberi peluang kepada setiap individu yang mahu meningkatkan tahap sosioekonomi mereka. Kami sentiasa berjuang melalui wadah ini bagi memberi tunjuk ajar dalam mempelajari bidang keusahawanan dalam konteks dunia yang sebenar. Kami juga :  

  • Mempromosikan kerjaya usahawan sebagai kerjaya yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia.
  • Mendidik bakal usahawan takaful adalah kepakaran utama kami.
  • Menyebarkan ilmu-ilmu keusahawanan sebagai pilihan pembaca yang ingin mula menceburi bidang keusahawanan.
  • Menghasilkan buku-buku dalam genre motivasi keusahawanan dan yang berkaitan topik ini sebagai rujukan kepada pembaca.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Khas | Comment

Selamat Tahun Baru 2010

Posted by ferouxe on Monday 4 January 2010

Assalamualaikum, selamat pagi kepada semua pembaca BinaUsahawan yang budiman. Selamat Tahun Baru Masihi 2010 !, Kami doakan anda pembaca semua bergembira pada hari ini. Tahun 2009 meninggalkan kita dengan 1001 suka duka pahit manis, segala apa yang telah dilalui jadikan ia sebagai tauladan dan pengajaran untuk masa hadapan.

Penulis gembira kerana tahun lalu beberapa  perancangan telah selamat dilaksanakan. Beberapa pembaharuan dan pencapaian laman web BinaUsahawan.com sepanjang 2009

1.Penerbitan Ebook Percuma pertama “30 Panduan Minda Usahawan Cemerlang”
2.Penerbitan Ebook kedua “MemBina U$ahawan”
3.Laman web BinaUsahawan.com berwajah baru

Azam dan perancangan BinaUsahawan.com pada 2010

1.Mempertingkatkan prestasi perniagaan (Al Farok Consultancy pemilik laman web BinaUsahawan.com)
2.Mempertingkatkan jumlah pelaburan
3.Mempertingkatkan jenama BinaUsahawan.com sebagai laman web pilihan bagi genre motivasi keusahawanan dan pengurusan perniagaan

Pengumuman Penting daripada BinaUsahawan.com

Peluang kepada pemilik perniagaan yang baru memulakan operasi untuk mempromosikan bisnes anda. Sila hantar maklumat terperinci berkaitan syarikat dan produk yang ditawarkan kepada info@BinaUsahawan.com, kami akan mengiklankan perniagaan anda dalam post harian kami tanpa sebarang caj. Sila hantar segera kerana jumlah yang boleh diiklankan adalah terhad.

Salam maju jaya, tingkatkan usaha dan tiada yang mustahil dalam mencapai kejayaan

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Khas | Comment

Tahniah Pasukan Bolasepak Malaysia

Posted by ferouxe on Friday 18 December 2009

Jika 20 tahun yang lalu anda dilahirkan dan kini pasti anda sekarang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi. Begitulah tempoh yang terlalu lama pasukan bolasepak negara kita menunggu untuk menjuarai pingat emas Sukan SEA. Tahniah dan syabas untuk pasukan bolasepak kita hasil bimbingan K Rajagobal, “Raja” baru ditabalkan bagi sukan bolasepak di rantau Asia Tenggara.

Kemenangan walaupun jaringan emas gol sendiri oleh pasukan Vietnam tidak perlu dipersoalkan kerana pasukan Malaysia telah melalui ranjau yang panjang untuk sampai keperingkat akhir semalam. Ini adalah kejuaraan yang semua rakyat Malaysia inginkan dan diharapkan kemenangan ini akan menyuburkan kembali mutu bolasepak negara kita.

Cukup hanya sehari ini kita bersuka ria, dan esok kembali untuk bekerja keras kerana kejayaan adalah satu perjalanan. Mutu permainan pasukan bolasepak negara kita berbanding Vietnam dan Thailand masih ketinggalan jauh dan kita seharusnya perlu bekerja keras memperbaiki tahap kemahiran permainan bolasepak kita.

Kerajaan meluluskan peruntukan RM40 juta bagi pembangunan sukan dan kita berharap pembangunan mutu bolasepak perlu dimulakan sejak pemain itu berusia 5 tahun lagi seperti yang diamalkan di negara kuasa besar bolasepak. SYABAS ! MALAYSIA BOLEH !

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Khas | Comment

Terima Kasih Pembaca Ebook “MemBina U$ahawan”

Posted by ferouxe on Tuesday 15 December 2009

Saya mewakili BinaUsahawan.com ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca Ebook pertama keluaran laman web ini.

Kami akan terus memperbaiki mutu penulisan dan ilmu yang dikongsikan agar pembaca semua dapat manfaat daripada tulisan yang diterbitkan.

Perjuangan laman web ini adalah untuk melahirkan kelompok usahawan yang berkualiti dan dapat membantu kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Terima kasih sekali lagi, kepada pembaca yang menghadapi kesukaran mendapatkan download link Ebook ini, boleh email aduan anda kepada : sales@BinaUsahawan.com

Kepada pembaca yang belum mendapatkan naskah ini, boleh membaca link promosi Ebook untuk melihat sedikit preview. 

Dapatkan Ebook bertemakan motivasi bisnes daripada BinaUsahawan.com yang bertajuk “MemBina Usahawan” panduan awal dalam menuju jalan keusahawanan. Harga yang berpatutan dan ilmu yang padat dapat membentuk keperibadian usahawan yang jitu sebagai persediaan dalam mengharungi cabaran perniagaan

Posted in Khas | Comment

Salam Aidil Adha

Posted by ferouxe on Thursday 26 November 2009

Esok, umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca muslim tidak kira dimana anda berada. Berhati-hati di jalan raya dan pastikan keselamatan keluarga diutamakan dalam musim perayaan ini.

Di hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengingati pengorbanan orang-orang terdahulu bagi menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Kejayaan yang dicapai dibayar dengan pengorbanan darah yang menitis tanda bahawa mereka betul-betul berjuang demi nama Allah.

Kini masa telah berubah. Kejayaan terletak kepada kekuatan ekonomi dan ilmu pengetahuan selaras dengan arus pemodenan semasa. Marilah sama-sama kita berjuang agar nama Islam tidak dipandang hina oleh orang lain. 

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Khas | Comment

Ebook Motivasi Usahawan Untuk Jualan

Posted by ferouxe on Friday 2 October 2009

Hari ini Jumaat 2 Oktober 2009 secara rasmi BinaUsahawan.com melancarkan jualan Ebook pertama terbitan laman web ini. Ebook yang bertajuk “MemBina Usahawan” boleh dijadikan sebagai panduan bakal usahawan / usahawan masa kini untuk kekal berdaya saing dalam menghadapi cabaran. 

Bertemakan motivasi bisnes, Ebook ini mempertengahkan konsep-konsep sikap yang perlu kita tauladani yang selama ini kita tidak ambil peduli dalam mempraktikan di alam realiti. Kita terlalu memberikan perhatian kepada kemahiran perniagaan yang sebenarnya menyumbang 10% kepada faktor kejayaan sahaja.

Sesuai sebagai bahan bacaan semua lapisan masyarakat, Ebook keusahawanan ini ditulis dengan bahasa yang mudah dengan contoh-contoh yang berkaitan dengan kehidupan kita.

Pembaca sekalian yang ingin mendapatkan Ebook ini bolehlah klik promo diatas. Kesudian anda semua untuk mendapatkan Ebook ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih,

 

Posted in Khas | Comment