dapatkan sekarang ebook

Gambar Matlamat

Posted by ferouxe on Monday 16 January 2012

Salam Sejahtera kepada pembaca BinaUsahawan.com yang dihormati sekalian. Sekali lagi kita melalui fasa tahun baru 2012. Semoga tahun yang baru ini memberikan kita peluang sekali lagi memperbaiki kelemahan yang lalu untuk kejayaan yang akan datang.

Kita pada hari ini adalah apa yang telah difikirkan pada masa yang lalu. Manakala diri kita pada masa akan datang adalah apa yang kita mula fikirkan pada masa sekarang. Oleh yang demikian persoalan yang ingin ditimbulkan adakah kita benar-benar berfikir bagaimana diri kita pada masa akan datang?

Jadikan azam / matlamat yang diimpikan ditulis dan ditampal di tempat yang senang mudah anda baca dan memperingati setiap masa. Satu lagi cara menanamkan matlamat dalam pemikiran luar sedar kita ialah dengan membuat “Gambar Matlamat”.

Caranya mudah, senaraikan matlamat atau keinginan anda dalam sekeping kertas. Tuliskan adakah anda inginkan kebahagian rumahtangga, kesihatan yang sempurna, kerjaya yang cemerlang, membuat kerja kebajikan dalam hidup atau memiliki benda yang anda inginkan ataupun ingin lakukan.

Cari gambar yang berkaitan, dan tampalkan dalam sebuah kertas yang besar. Letakkan di mana-mana tempat yang anda mudah lihat seperti dalam bilik, meja pejabat, kereta, komputer peribadi malahan dalam telefon bimbit sendiri.

Lihat dan lihat dan lihat berulang kali setiap hari agar anda sentiasa mengingati sehingga tertanam dalam pemikiran luar sedar. Apabila gambar matlamat anda wujud dalam pemikiran luar sedar, maka secara tidak langsung anda akan berusaha mencapai keinginan yang telah difikirkan sebelum ini.

Apa yang kita telah buat adalah menanam gambar yang dalam bentuk visual berbanding dengan perkataan. Apabila kita merekodkan gambar dalam minda kita, secara tidak langsung kita juga akan mudah nampak apakah matlamat kita berbanding perkataan. Agak sukar untuk cepat menafsir bentuk kereta dengan melihat perkataan “kereta” berbanding kita sendiri melihat rupa bentuk kereta itu sendiri.

Sebagai post pertama dalam tahun ini, mari sama-sama kita berusaha gigih menanam keinginan dengan azam yang tinggi serta bekerja keras bagi mencapai cita-cita yang diimpikan. Tiada yang mustahil.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Motivasi | Comment

Merebut Peluang

Posted by ferouxe on Tuesday 20 December 2011

Mengkaji ciri orang-orang yang gagal berbanding dengan orang yang berjaya dalam dunia realiti adalah suatu perkara yang menarik. Lebih-lebih lagi anda yang mempunyai kerjaya berkaitan pembangunan insan / latihan. Kita boleh membezakan 2 kelompok golongan ini dengan melihat cara dia bercakap, melakukan kerja harian dan apa yang difikirkan dalam kepala minda mereka. Satu perkara yang boleh dilihat adalah bagaimana seseorang itu akan lakukan apabila peluang ada di hadapan mereka.

Bermula dengan melihat orang yang berjaya, mereka merebut peluang, mencari peluang dan mencipta peluang. Melalui cara ini mereka ada ketikanya akan menghadapi kegagalan dengan peluang yang ada dan akan juga mencapai kejayaan. Oleh kerana itulah mereka boleh mengecapi kejayaan yang banyak selepas menghadapi banyak kegagalan.

Berbanding dengan orang yang dikategorikan sebagai biasa-biasa. Mereka umumnya tahu akan peluang yang ada. Serta kebaikan menggunakan peluang yang ada. Namun mereka suka menjadi pemerhati dan pengulas. Malah ulasan mereka sungguh berapi seperti mereka sendiri sudah menguasai peluang ini. Secara tidak langsung, sifat ini akan merugikan diri sendiri.

Golongan yang malang/gagal akan mensia-siakan peluang. Tidak kira dia tahu atau tidak tahu, mereka tidak mengambil langsung peluang yang ada. Sebaliknya peluang-peluang yang wujud di hadapan golongan ini dianggap mereka seperti angin yang berlalu setiap masa. Tidak timbul keghairahan mereka dalam mengejar peluang ini. Sungguh kasihan. Oleh sebab itu sudah pasti mereka tidak akan menemui kejayaan kerana langsung tidak mengendahkan jalan untuk berjaya.

Oleh sebab itu, diri anda adalah apa yang anda fikirkan. Apa segala yang difikirkan dalam minda dan dilakukan oleh tubuh badan kita akan membentuk peribadi yang boleh dibezakan antara satu sama lain. Pilih pemikiran yang baik dan serapkan ia dalam minda serta dizahirkan dengan tingkah laku kita.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Keusahawanan | Comment

Bermula kecilan Sebagai Usahawan Internet

Posted by ferouxe on Tuesday 13 December 2011

Ramai usahawan yang bermula dengan kecil-kecil. Menjual produk dengan kuantiti kecil dan selalunya dibuat selepas waktu kerja. Begitu juga personaliti yang dipaparkan untuk hari ini. Beliau adalah Puan Noraini yang berasal daripada Muar Johor.

Ingin menjadi orang yang berjaya seperti orang lain, Puan Noraini bertindak membuat perniagaan kecil menjual barang-barang bayi/kanak-kanak melalui internet. Perniagaan ini dibantu oleh ahli keluarganya dan alhamdulillah hasil berkat kegigihan beliau perniagaannya berkembang hingga hari ini.

Puan Noraini yang masih bekerja dalam sektor swasta memilih perniagaan cara begini kerana ia boleh dilakukan selepas waktu kerja dan pasaran boleh meliputi Sabah dan Sarawak mahupun Brunei.

Apabila ditanya apakah perancangan beliau, buat masa ini beliau ingin mempelbagaikan produk jualannya agar pelanggan akan mendapat banyak pilihan. Tidak mustahil akan datang beliau mampu membuka premis perniagaan sendiri. Semoga beliau dapat mengembangkan lagi perniagaannya.

Untuk membuat pesanan ataupun ingin melihat produk yang dijual sila layari :

www.Saklabah.Blogspot.com

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Keusahawanan | Comment

3 Ujikaji Berkaitan Cabaran

Posted by ferouxe on Friday 9 December 2011
Ujikaji Pertama

Rebus 3 batang lobak merah ke dalam periuk yang berisi air.

Ujikaji Kedua

Rebus 3 biji telur ke dalam periuk yang berisi air.

Ujikaji Ketiga

Masak serbuk kopi ke dalam periuk berisi air.

Apa yang kita nampak dalam ujikaji di atas adalah metafora cabaran (air panas dalam periuk) boleh merubah sikap 3 individu yang berlainan.

Bagi ujikaji pertama, sikap seseorang yang tabah keras seperti lobak merah, tetapi apabila cabaran melanda dia terus lemah dan lembik.

Manakala ujikaji kedua, mulanya seorang yang lembut tetapi apabila masuk dalam dunia cabaran dia cepat melenting, cepat marah dan keras hatinya.

Lain pula dengan sebuk kopi. Apabila dia diadun dengan cabaran yang panas membara, dia larut dalam cabaran itu disamping membawa aroma yang menyelerakan.

Dimana kedudukan anda dalam kajian ini?

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Motivasi | Comment

Sekolah Dewasa

Posted by ferouxe on Wednesday 7 December 2011

Mengharungi zaman persekolahan semenjak darjah satu lagi, sememangnya terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang tidak dapat dilupakan. Di saat ini kita mula mengenal huruf, perkataan sehinggalah boleh membaca. Seterusnya kita mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang apabila difikirkan jikalau banyak belajar terasa diri masih tidak cukup lagi ilmu di dada.

Dalam tidak sedar, kita melalui zaman pembelajaran sehingga peringkat ijazah yang mengambil masa sekurang-kurangnya 17 tahun dalam hidup. Dalam mengharungi zaman ini deria mata dan deria telinga sangat banyak berfungsi untuk mengisikan segala ilmu dalam otak kita seterusnya membantu dalam menjawab peperiksaan.

Adakah kita berhenti belajar apabila tamat peringkat ijazah. Ataupun adakah kita boleh kata cukuplah belajar apabila tamat PHD. Ini adalah pembelajaran formal kita. Selepas melalui zaman pembelajaran formal, maka kita sudah mula memasuki pembelajaran tidak formal.

Terpulang kepada individu tertentu adakah mereka ingin belajar ataupun buat-buat tidak tahu apa yang boleh dipelajari di sekelilinginya. Dalam peringkat ini 2 deria itu sedikit fungsi bagi membantu dalam proses pembelajaran, tetapi keterbukaan hati menerima pembelajaran baru adalah sangat banyak membantu.

Banyak orang yang terbuka hatinya menerima teguran, nasihat dan pengajaran boleh menjadikan ia lebih baik pada masa akan datang. Namun orang yang sentiasa menutup hatinya, sering menjaga ego di mata orang ramai agak sukar untuk berjaya dalam pembelajaran sekolah dewasa ini. Selamat berjaya !!!

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Motivasi | Comment

Matlamat Perniagaan : Wang atau Ilmu/Pengalaman

Posted by ferouxe on Monday 21 November 2011

Mengejar matlamat cita-cita dalam bidang keusahawanan memang tidak boleh lari daripada mengejar wang. Skim-skim keusahawanan yang dianjurkan sejak akhir-akhir ini, menjadikan wang sebagai matlamat dalam kehidupan perniagaan. Memang sesungguhnya wang penting dalam kehidupan. Namun adakah perlu kita menjadikan wang sebagai matlamat utama dalam hidup dalam perniagaan?

Semasa kita melakukan perniagaan, kita juga akan melalui pengalaman dan pengajaran dalam setiap urusniaga. Secara tidak langsung ini adalah “wang” yang beharga untuk diajarkan kepada orang-orang lain. Dengan kata lain, pengalaman adalah sangat bernilai untuk diajar kepada orang lain.

Sebagai seorang muslim yang menjadikan perniagaan sebagai ibadat dalam kehidupan, wang bukanlah matlamat utama dalam perniagaan. Sebaliknya wang adalah “tools” / alat untuk mencapai kebahagiaan. Kejarlah keuntungan sebanyak mungkin dalam perniagaan dan sedekahlah segala keuntungan yang didapati ke saluran yang baik. Pasti anda tenang dalam kehidupan anda.

Elakkan menjadikan niat mengejar wang dalam apa jua perbuatan kita. Kelak hanya kerana mengejar matlamat wang, sebarang pergeseran sesama kita sukar untuk diselesaikan dan mampu mencetus perbalahan besar. Jadikan perniagaan sebagai matlamat ibadah kita.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Motivasi | Comment

Mintalah Diskaun

Posted by ferouxe on Monday 14 November 2011

Salam Sejahtera kepada pembaca yang budiman. Bagi anda yang pertama kali membaca artikel di laman ini, saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman web BinaUsahawan.com. Bagi anda yang membaca dan memberi respon dalam artikel in, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Tajuk perkongsian dalam topik hartanah pada hari ini adalah berbunyi “Mintalah Diskaun”. Jika kita berbelanja tidak kira di kedai-kedai yang membolehkan kita meminta diskaun, tentu sahaja kita akan bertanyakan, “Takde diskaun ke???” Ini memang lumrah dan selalunya di musim-musim perayaan peniaga akan berlumba-lumba memberi diskaun dan jumlah diskaun akan meningkat apabila peniaga ingin menghabiskan stok jualannya.

Begitu juga jika kita dalam urusan pelaburan hartanah, kita juga berpeluang untuk meminta diskaun. Dalam melakukan urusniaga ini, anda tidak akan lari daripada melakukan transaksi dengan 3 pihak berikut. Oleh demikian, sentiasalah meminta diskaun daripada pihak-pihak ini.

Pihak Pemaju/Penjual : Perkara ini memang selalu di praktikkan oleh semua pembeli / pelabur. Mintalah diskaun apabila awal perbincangan pertama. Kemudian buat kajian terhadap pelaburan anda. Seterusnya jika anda benar-benar berminat jangan malu untuk meminta diskaun sekali lagi, malah berulang-ulang kali. Bagi anda yang berpeluang berurusan dengan pemaju kecil, lebih mudah kita terus berurusan dengan pemilik syarikat dan membuat banyak sessi perbincangan.

Pihak Guaman : Apabila kita berurusniaga dengan pihak ini kita jarang meminta diskaun. Lantaran akibat memandang pihak peguam adalah badan yang professional dan menampakkan status yang tinggi daripada diri kita, kita selalu segan dengan pihak ini. Hanya berani meminta diskaun jika peguam itu adalah rakan baik kita. Dalam pengalaman penulis, firma guaman mempunyai “bujet” dalam 15%-20% potongan diskaun dalam perkhidmatan mereka. Oleh yang demikian, singgah ke pejabat peguam anda dengan berpakaian biasa dan mintalah diskaun tanpa rasa malu.

Pihak Bank :Mungkin ramai tidak tahu, urusan dengan perbankan yang melibatkan pinjaman perumahan boleh dibawa dalam perbincangan. Kita boleh berjumpa pegawai / pengurus cawangan untuk memohon supaya kadar faedah diperbaiki kepada nilai yang lebih baik. Sebagai contoh minus 2.5% kita boleh memohon kepada minus 2.7%. Pihak bank akan bersetuju jika kita boleh meminta melalui perbincangan yang berhemah.

Semoga perkongsian ini akan memberikan idea kepada anda yang berminat untuk menceburi pelaburan hartanah ini. Apabila kita berjaya mengurangkan perbelanjaan dalam mendapatkan hartanah itu, maka kita boleh menjimatkan jumlah pelaburan dan menjadikan keuntungan pelaburan kita akan meningkat. Praktiskan selalu dalam urusniaga ini, jangan terburu-buru dalam mencari pelaburan.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Hartanah | Comment

Legasi Steve Jobs

Posted by ferouxe on Monday 17 October 2011

Setelah berita kematian Steve Jobs, banyak paparan dan cerita yang terbongkar. Penulis sungguh takjub dengan kecekalan beliau. Walaupun lahir dalam keluarga yang tidak sempurna, namun beliau mempunyai kekuatan untuk merubah kehidupan dunia. Beliau tidak memilih alasan asal usul keluarga untuk merintih masalah dalam hidupnya. Kita boleh gelarkan beliau Albert Einstein alaf baru. Kenapa? Daripada visi beliau, kita telah melalui perubahan dalam teknologi komunikasi, hiburan dan cara manusia menggunakan teknologi sentuhan skrin yang belum difikirkan sebelum ini.

Selepas kembali menyertai Apple pada tahun 1997, banyak perubahan ketara yang telah diperkenalkan oleh Steve. Produk iPod, iPhone dan iPad telah menjadi fenomena serata dunia seterusnya menjadi satu ikutan kepada syarikat-syarikat lain mengeluarkan produk hampir sama. Cara beliau berfikir seharusnya menjadi pedoman kita untuk mempraktikkan dalam kerjaya kita.

Malalui laman web Yahoo, penulis motivasi terkenal Carmine Gallo telah merumuskan 7 displin kejayaan Steve. Penulis memetik 3 isi kandungan sebagai perkongsian bersama.

“Do what you love”

Lakukan kerja yang anda suka dan suka dengan apa yang anda lakukan. Ayat ini memang sering diucapkan oleh usahawan bertaraf selebriti Donald Trump. Apabila kita cinta kepada pekerjaan kita, maka kita akan lakukannya dengan penuh dedikasi tanpa merasa sedikit penyesalan. Segala cabaran diterima dengan hati terbuka seperti seorang yang sedang bercinta. Segalanya indah belaka walaupun cubaan yang datang bukanlah tidak boleh diterima oleh kebanyakan orang.

“Make connection”

Sering masukkan diri dalam kelompok pelbagai masyarakat. Jadikan aktiviti sosial dengan menjalin hubungan adalah untuk jangka masa panjang. Bukan sahaja dalam istilah “network”, kita kenali juga budaya, bahasa dan cara hidup orang lain dapat memberi satu pembelajaran dalam kerjaya sebagai usahawan.

“Sell dreams not product”

Produk hanyalah suatu produk. Kita beli produk, gunakan produk dan buangkan ia jika tidak perlukan lagi. Namun impian tidak boleh dibuang. Apabila kita menjual produk serta impian dalam kehidupan pelanggan, mereka akan kembali lagi kepada kita. Menjadikan produk sebagai salah satu elemn penting dalam kehidupan mereka.

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Posted in Keusahawanan | Comment

Tunjuk Berani Demi Kerja - Datuk Maznah Hamid

Posted by ferouxe on Monday 3 October 2011

CUKUP sukar sekali untuk menemubual ‘wanita waja’, Datuk Maznah Hamid yang merupakan usahawan perniagaan kawalan keselamatan bukan hanya terkenal di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Beliau sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan perniagaan selain turut aktif dalam dunia politik.

Oleh sebab itu, tidak menghairankan, beberapa kali temu bual terpaksa ditunda.

Setelah puas menunggu, akhir anak kelahiran Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, itu berjaya memperuntukan masa selama dua jam untuk berkongsi kisah peribadinya baru-baru ini.

Soalan pertama yang diajukan kepada beliau ketika temubual itu adalah gelaran wanita besi. Secara berseloroh, Maznah menjawab;

“Ramai orang geram dengan saya. Semuanya gara-gara imej berani, tegas dan kebal yang jelas tertonjol pada imej penampilan saya. Tetapi, orang tidak tahu bahawa saya terpaksa mengekal imej dan watak itu demi kerja.

“Kalau saya tidak berani dan tegas, saya akan dipijak-pijak, malah, kebanyakan pekerja saya adalah lelaki, bagi menimbulkan rasa hormat, saya perlu dominan,’’ katanya.

Namun beliau juga bimbang gelaran itu akan menyebabkan masyarakat umum beranggapan beliau seorang queen control terhadap suaminya, Datuk Shaheen Mirza.

‘‘Tanggapan (queen control) itu tidak benar sama sekali, hakikatnya, kami adalah rakan kongsi dalam perniagaan yang saling melengkapi,’’ ujarnya.

Menurut Maznah yang gembira dengan kejayaan semasanya berkata, apa yang diraih kini adalah hasil kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh.

Maznah berkata, beliau berasal keluarga miskin dan dibesarkan oleh nenek sejak berusia lima tahun selepas berlaku perpecahan keluarga.

Katanya, dia merupakan kanak-kanak yang kesepian, tetapi kekurangan itu menjadi satu rahmat kerana faktor itu menyebabkan beliau berusaha keras untuk menjadi insan berjaya.

Maznah menyifatkan dirinya bukanlah pelajar pintar ketika di sekolah, tetapi amat meminati bahasa Inggeris sehingga meneruskan pengajiannya ke kolej.

Selepas menamatkan pengajian, Maznah bekerja sebagai guru bahasa persendirian atau penterjemah bahasa di pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur selama dua tahun.

Selain pejabat kedutaan, Maznah pernah menjadi guru bahasa persendirian di syarikat-syarikat multinasional.

Pendedahan dengan kehidupan ‘orang kaya’ sewaktu bekerja mendorong Maznah untuk turut mencari petua untuk berjaya seperti mereka.

Malah, ramai orang kenamaan yang menasihatkan beliau supaya menceburi bidang perniagaan yang beliau mempunyai kekuatan atau belum diterokai oleh orang lain.

‘‘Oleh sebab, hampir setiap hari saya berkunjung ke rumah kedutaan asing dan mendapati mereka mempunyai rumah pengawal, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi.

‘’Jadi, saya berasa mereka (orang kenamaan) adalah merupakan golongan sasaran penting untuk mendapatkan khidmat perniagaan itu. Jadi, saya pun berfikir untuk mencuba perniagaan kawalan keselamatan,’’ ujarnya.

Berbekal duit poket dan simpanan hasil mengajar di rumah duta dan orang kenamaan sebanyak RM5,000, Maznah dan suami telah mengambil alih sebuah syarikat keselamatan pada tahun 1980 dengan menamakannya Securiforce Sdn. Bhd.

Pada waktu itu, Maznah memulakan perniagaan dengan lima pengawal keselamatan dan lima pelanggan terdiri daripada orang kenamaan.

‘’Waktu itu, saya sudah kahwin, duit tidak ada dan gagal mendapat pinjaman bank untuk membesarkan perniagaan. Jadi, kami terpaksa menjual rumah dan menyewa rumah di kawasan setinggan tanpa bekalan elektrik selama dua tahun,’’ kata beliau.

Rahmat dari kesusahan itu, Maznah mendapat kekuatan diri untuk berusaha dengan lebih gigih bersama-sama suaminya.

Katanya, universiti terbaik dalam kehidupan adalah kepahitan dan kesusahan yang menjadikan diri seseorang lebih kreatif, inovatif, kebal dan bijaksana.

Menurut Maznah, beliau dan suami menderita kesusahan hampir 10 tahun untuk memastikan perniagaan kawalan keselamatan berkembang.

‘’Saya sendiri pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah pasar raya menggantikan pekerja yang pulang ke kampung kerana bercuti Hari Raya Aidilfitri. Manakala suami saya pula tugas rondaan keselamatan di rumah orang kenamaan.

‘‘ Tidak siapa pun tahu ketika itu, saya adalah pemilik syarikat kawalan keselamatan,’’ jelas beliau.

Katanya, pelbagai pengalaman yang ditempuh sejak awal hingga akhir menyebabkan pihaknya berjaya mengadakan sistem keselamatan yang canggih dan menyeluruh pada waktu ini.

Maznah berkata, pihaknya turut pernah melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung dan juga pelbagai produk, untuk mendapat modal pusingan.

Beliau yang mendapat pengiktirafan pertama iaitu Anugerah Usahawan Cemerlang pada 1990 berkata, seseorang usahawan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan pelbagai bakat.

Pada malam penyampaian anugerah itulah Maznah buat pertama kali mendapat gelaran ‘wanita besi’ yang diberikan oleh pengacara majlis pada waktu itu.

Kini, Securiforce mempunyai 65 cawangan di seluruh negara dengan 5,000 kakitangan, 4,000 daripadanya merupakan pengawal keselamatan.

Syarikat itu kini telah menembusi lebih 10 buah negara.

Rencana ini dipetik daripada www.utusan.com.my pada 24 September 2011

Pelan Takaful Keluarga mempunyai ciri pelan simpanan dan perlindungan kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Takaful Keluarga, sila email kepada : info@BinaUsahawan.com

###BinaUsahawan.com menawarkan peluang kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang perunding takaful sebagai kerjaya perniagaan sendiri. Latihan akan diberikan kepada yang tiada pengalaman membuat jualan. Sebarang pertanyaan boleh email kepada : info@BinaUsahawan.com ###

Jangan Lewat Menyimpan

Posted by ferouxe on Monday 5 September 2011
Seorang pemuda berusia 25 tahun baru memulakan kerjaya,

Hasil kegigihan dan displin, beliau berjaya menyimpan RM100 sebulan

Ini bermakna jika dikira tanpa dividen, pemuda itu berjaya menyimpan RM36,000 pada usia bersara (55 tahun)

Apa akan jadi sekiranya beliau menagguhkan untuk menyimpan,

(pengiraan tanpa meliputi dividen),

Jika beliau memulakan menyimpan RM100 sebulan pada usia 35 tahun beliau sekadar menyimpan RM24,000

Manakala jika beliau memulakan menyimpan RM100 setiap bulan pada usia 45 tahun beliau hanya mendapat RM12,000

Selamat kembali memulakan tugas selepas cuti yang panjang. Mungkin sudah sampai giliran kita beraya di pejabat / rumah saudara mara atau rakan di kawasan tempat tinggal kita pula. Sekali lagi diucapkan Selamat Menyambut AidilFitri kepada semua.

Permulaan nota di atas menerangkan kepada kita betapa kerugian jika kita tidak memulakan simpanan bagi bekalan umur persaraan kelak. Jika kita sengaja melewat-lewatkan perancangan simpanan hari tua, bermakna kita terpaksa menyimpan dengan jumlah yang  banyak ataupun terpaksa mencari peluang-peluang pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi. Sekali lagi diingatkan bahawa pelaburan yang boleh memberikan pulangan yang amat tinggi adalah penipuan semata-mata. Namun masih lagi wujud golongan yang lewat merancang membuat simpanan dan mengharapkan keajaiban pulangan dividen yang palsu.

Mengapa kita perlu merancang untuk hidup hari tua? Beberapa hari yang lalu terdapat tulisan di akhbar tempatan betapa sengsaranya golongan tua yang tidak mempunyai dana untuk hidup dan mengharapkan belas kasihan anak-anak. Kita perlu berfikir secara realistik bahawa anak-anak kita juga akan mempunyai anak sebagai tanggungan mereka. Dan kita tidak boleh mempunyai pemikiran hidup berharap belas kasihan orang lain selama-lamanya.

Sehubungan itu kita wajib merancang menyimpan tabungan diri sendiri bagi menyara kehidupan pada usia emas kelak. Jangan kita menjadi orang yang hidup mewah ketika muda tetapi apabila menjadi warga tua, kita hidup meminta-minta. Mulakan menyimpan sekarang !!!!